Dengan panggilan AYAH oleh anak2... telah menjadikan CHE DAUD@CHE MUD BIN CHE NGAH BIN AWANG seorang ayah yang berjaya memikul tanggungjawabnya sehingga sekarang... Ibu beliau bernama Che Limah bt Awang dan ayahandanya pula..
CHE NGAH BIN AWANG..
AWANG BIN HJ.SALEH..
Kedua2nya merupakan anak jati kampung nipah,bachok,kelate........ Beliau dibesarkan oleh datuknya dan ibunya bersama 2 orang abangnya iaitu bapak saudara saya lah..... Ini disebabkan Che Ngah bin Awang atau TOK KI saya,meninggal pada usia ayah setahun.. Saya,kakak dan abang2 pun tak kenal.... :-(
Ayah saya ni merupakan seorang pendidik bermula pada tahun 1973 di Maahad Muhammadi Kota Bharu dan selapas itu ditukarkan ke SMU(A) Yaakubiah Nipah. pada tahun 1985 pula dinaikan pangkat sebagai penolong kanan pentadbiran. disebabkan faktor kesihatan,ayah saya memohon persaraan pada umur 55 tahun iaitu pada tahun 2002.
Beliau telah terpikat dengan seorang gadis ketika dulu yang ada pertalian waris dengannya dari Kuala Besut iaitu bernama TUAN NOOR ASIAH BT. TUAN MOHAMMED...
Gambar di atas merupakan umi kepada saya dan 7org adik beradik saya yang lain... Beliau merupakan seorang suri rumah yang berjaya.. Beliau berjaya mendidik 8 orang anaknya berjaya sehingga sampai sekarang.. Tuan Noor Asiah bt.Tuan Mohammed ini di lahirkan di Kota Bharu pada 22/11/1953..
Selepas itu beliau tinggal di Kuala Besut,Terengganu... Ayahandanya bernama..
TUAN MOHAMMED BIN CIK KU NIK TUAN ABDUL RAHMAN...
CIK KU NIK TUAN ABDUL RAHMAN BIN TENGKU TUAN BESAR...
TENGKU TUAN BESAR BIN TUAN SENIK...
Ayahandanya atau gelaran yang dipanggil oleh cucuanda iaitu TOK KU MAD.. :-)
Bekerja sebagai konduktor bas di Kota Bharu dan kemudian berhenti kerana menolong berniaga di Besut...
Tok Ku Mad menghembuskan nafas terakhir pada tahun 2008.. Sehingga sekarang UMI dan AYAH menetap di Kampung Nipah...
Hasil perkongsian hidup selama 17 tahun.. Mereka telah dikurniakan 8 org cahaya mata.. 7 putera dan 1 puteri..
1.AHMAD RADHI
2.AHMAD FUAD
3.NOOR MAHIRAN
4.AHMAD KAMAL
5.AHMAD MUHSIN
6.AHMAD SHAHIR
7.AHMAD TAUFIQ
8.AHMAD YUSRI
1. Ahmad Radhi atau dikenali sebagai Ayah Long oleh anak saudaranya telah mendapat pendidikan awal di SK Sri Kemudi,SMK Bachok.. Beliau dilahirkan pada 1974.. Beliau telah merupakan seorang pendidik. Ayah Long telah diijabkabulkan pada tahun 2001 dengan Sarzini bt Rameli. Sehingga 2011,beliau telah dikurniakan 4 org cahaya mata..kesemuanya puteri dan tomel2 belaka,,,hahaha.. Sekarang ini beliau bertugas di Sk Perupok sebagai guru matematik dan Kak Nie pula di Sk Sri Gunung sebagai ustazah jQaf..
i.SUFIYYAH NURDINI a.k.a. kak long
ii.AISYAH NURDINI a.k.a kak ngah
iii.ADILAH NURDINI
iv.IFFA NURDINI
2. Ahmad Fuad pula merupakan abang saya yang kedua atau Ayah Ngah panggilan manja... Beliau dilahirkan pada 1975 dan dibesarkan di Kampung Padang.. Mendapat pendidikan pertama di sk Sri Kemudi,SMU Yaakubiah dan melanjutkan pengajiannya ke Mesir.. Beliau telah di satukan dengan Norul Huda bt Mahmood pada 2003.. Beliau dikurniakan 2 org cahaya mata,1 putera dan 1 puteri...
Farah Insyirah merupakan anak sulong dan adiknya Faiz imdat.. Ayah Ngah telah di tugaskan di SMKA Slim River,merupakan ustaz Bahasa Arab dan Isterinya pula bertugas di Sk Behrang sebagai ustazah jQaf.. Sekarang ini beliau melanjutkan pengajiannya di UPM.
3. Yang ketiga ialah Noor Mahiran atau cik nor dilahirkan pada 1977 merupakan puteri tunggal dalam keluarga ini... Beliau juga mendapat pendidikan awal di Sk Sri Kemudi dan menyambung pengajiannya ke SMK Bachok.. Beliau talah dirisik oleh seorang jejaka Perak yang bertuga di Kem Pengkalan Chepa sebagai seorang Askar..
Disatukan pada 2002 telah dikurniakan 2 org cahaya mata.. 1 putera dan 1 putri.. Puteranya bernama Danial bin Jefri dan puterinya pula Intan Syafiqah bt Jefri.. Beliau merupakan seorang suri rumah dan sebelum ini pernah bertugas sebagai askar wataniah di kem Kuala Krai,,, Sekarang ini beliau telah menetap di negeri Perak kerana mengikut suaminya yang telah ditugaskan di Perak..
4. Adik kepada Cik Nor iaitu Ahmad Kamal atau diberi panggilan Ayah Ma.. Beliau merupakan putera yang ketiga dalam keluarga ini... Dilahirkan pada 1979 dan menuntut ilmu pertamanya di Sk Sri Kemudi,SMU Yaakubiah.. Selepas itu beliau telah melanjutkan pengajiannya di UPM dalam Bahasa Arab. Sekarang ini beliau ditugaskan di Sk Bukit Rawang Jaya sebagai seorang ustaz...
Pada tahun 2006,beliau bergelar suami kepada Madihah bt Zakaria dan dikurniakan 2 org cahaya mata,1 putera iaitu ABDULLAH HASIF dan 1 puteri iaitu HUSNA MARDIAH..
Sekarang ini Kak Diha bertugas di Sk Rawang sebagai seorang ustazah jQaf..
5. Putera yang kelima pula digelar oleh anak suadaranya Ayah Nik atau nama sebenarnya Ahmad Muhsin.. Beliau dilahirkan pada tahun 1980.. Pndidikan pertama yang diperolehi oleh beliau ialah di Sk Sri Kemudi pada 1987,Maahad Tahfiz Pulai Chondong,SMU Yaakubiah.. Beliau telah melanjutkan pelajaranya ke peringkat ijazah di UIAM dalam Bahasa Arab dan sejurus selepas itu menjadi guru jQaf.. Pada tahun 2007 beliau telah disatukan dengan Nor Syukriah bt Ismail dari Pasir Mas..
Selama 4 tahun kehidupan berumahtangga,beliau dikurniakan 1 org putera iaitu Mueez Azfar... Sekarang ini kedua2 suami isteri itu bertugas di Sk Pantai Remis sebagai ustaz dan ustazah jQaf..
6. Selepas Ayah Nik.. Ayah Din pula putera keenam atau nama sebenarnya Ahmad Shahir,lahir pada tahun 1982 telah dibesarkan di Kampung padang dan diberi pendidikan pertama di Sk Sri Kemudi,SMU Yaakubiah,SMKA Falahiah dan menyambung pelajaranya di UM dalam bidang Syariah.. Pada Tahun 2008,beliau telah mendirikan rumahtangga bersama Noor Hazwani bt Muhamad..
Kedua2nya mereka ini telah bertugas sebagai ustaz dan ustzah jQaf.. Ayah Den di Sk Dato' Harun.. Kak Wani pula di Sk Bandar Baru Subang.. Mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Wardhatul Jannah..
7. Yang ketujuh ni merupakan teruna yang masih menuntut pengajiannya di Johor.. Lahir pada 1988,diberinama Ahmad Taufiq atau Ayah peq nama manja...hahaha....
Mula menuntut ilmu di Sk Bachok,SMS Machang,Asasi Sains UM, dan UTM dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal (Teknologi Marin).. Seorang yang aktif sukan dan tido...hahahaa
8. Putera bongsu pula diberi nama oleh anak suadara beliau dengan panggilan Ayah Su.. Lahir pada tahun 1990,diberi nama Ahmad Yusri..
Mula menjejak kaki ke alam persekolahan pada tahun 1997 di Sk Bachok,SMU Yaakubiah,SMKA Dato' Ismail,SMK Bachok, dan UPM dalam bidang Bacelor Pendidikan Sains Pertanian.. Beliau merupakan seorang yang suka bermain,,,, ahuhuhu....
Terungkai sudah kesebelasan utama ahli keluarga ini... Di masa akan datang bilangan keluarga ini makin bertambah... Syukur Alhamdulillah.. Bertambah ceria keluarga ini....
ltk la pic rmh..
ReplyDeletemn pic si puteh?? ahmad putih..
ReplyDeletepic rmh nnt tajuk lain....hua3...
ReplyDeleteputih xse amik gambar.... nk amik gak,lari sokmo....
wahh. suka la baca. happy family. dpt tgok bonding tuh kuat. (:
ReplyDeletemekasih... suka ke? baca la 5x sehari.. baik utk kesihatan...hahaha
ReplyDelete