Search This Blog

Monday, May 16, 2011

...KuRnIaAn ILAHI...

                 Baru je sebulan lebih to’ki & chek dapat cucu baru.. bulan ni to’ki  & chek dapat lagi… Alhamdulillah,Kurniaan Ilahi... bertambah lagi ahli family ni.. ini ialah ahli yg ke-28 dan yg ke-2 bagi pasangan AHMAD MUHSIN & NOR SYUKRIAH. Maknanya…Mueez dah dapat adik.. :-)
                
                Kak Su masuk wad pada 7/5/11 jam 8 a.m di Hospital Raja Perempuan Zainab II. Kota Bharu.. keesokan harinya Kak Su masuk labour room jam 9.50 a.m.. Tak sampai 15mnt pun… Baby baru dah tengok bumi Allah s.w.t  ni….

                 : : nama saya MUHAYA AFEEFA..zZzZzZz.....
                 : : berat saya 3.0kg  :-)

                       : : to'ki duk baca doa tu.. :-D

             : : chek cakap..skali tengok cam muka abah..dua kali tengok cam mama plk...

               Kak Su dibenarkan keluar wad pada petang hari ahad..kejap je,sebab sihat..tak ada masalah... Alhamdulillah semua selamat & sihat sejahtera... ok laa..nanti majlis cukur ni,kalau sempat snap..kita wat citer  muhaya afeefa ni lagi... :-)

Saturday, April 30, 2011

: : Mutiara kata Keluarga Bahagia : :

Bahagiakanlah keluarga kita sebelum membahagiakan orang lain.
Kesolehan keluarga menjadi penentu bagi tegaknya sesuatu bangsa yang aman, makmur dan sejahtera.
Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.
Ciri orang yang mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarganya.
Seorang yang bekerja keras untuk menunaikan tanggung jawab kepada keluarganya adalah bukti kasihnya kepada keluarganya.
Tingginya darjat suami ditentukan oleh perjuangannya menjadi pemimpin rumah tangga, sehingga dituntut menjadi teladan yang baik bagi keluarga yang dipimpinnya.
Sesungguhnya keluarga itu tempatnya yang aman dan selesa dalam berkongsi suka dan duka.
Kasih sayang yang terjalin diantara anak dan ibubapa mampu melahirkan sikap jujur dan terbuka.
Kekuatan cinta yang tulus mampu menggerakkan lisan untuk senantiasa berterima kasih kepada pasangan, anak ataupun ibubapanya.
Mencintai keluarga adalah amanah bagi setiap manusia.
Pecinta keluarga tidak akan membiarkan dalam rumahnya berlaku keburukan dan kemaksiatan.
Anak-anak lebih memerlukan contoh dan keteladanan dari kedua ibu-bapa mereka daripada celaan dan kekerasan.
Kehidupan kita akan berubah apabila dimulai dengan perubahan diri, keluarga dan persekitaran.
Mahkota orang tua adalah anak cucunya dan kehormatan anak-anak adalah kerana nenek moyang mereka.
Apabila setiap ahli keluarga saling mencintai, menyayangi, dan saling mengalah, nescaya seluruh masyarakat akan menjadi baik, aman dan damai.
Keharmonian keluarga terletak pada sikap tanggungjawab dan terbangunnya komunikasi yang sihat diantara ahli keluarga.
Komunikasi dalam keluarga akan senantiasa terpelihara selama komunikasi dengan Allah pun tetap terjaga.
Keluarga yang dekat dengan Allah akan menjadi keluarga yang layak ditolong olehNya dalam setiap urusannya.
Rasul saw bersabda, paling dekat dengan ku kedudukannya kelak pada hari kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik kamu ialah yang paling baik terhadap keluarganya.
Barangsiapa bersusah payah mencari nafkah untuk keluarganya, maka dia adalah seumpama seorang mujahid dijalan Allah.
Warisan termahal dan terbaik dari diri kita untuk keluarga, keturunan, dan masyarakat adalah keindahan akhlak kita.
Allah mencintai orang-orang yang selalu berjuang memperbaiki diri, keluarga dan masyarakat.
Cintailah suami atau isteri kita dengan memuliakan ibubapa dan keluarganya.
Bagaimana kita bersikap kepada anak-anak kita, begitu pulalah mereka akan bersikap kepada kita. Maka berikan sikap yang terbaik kepada mereka
Jika Allah cinta kepada sebuah keluarga, maka salah satu cirinya ialah keluarga itu dibukakan hati untuk ilmu agama.
Kebahagiaan sesuatu keluarga bukanlah diukur dari segi mata-benda, tapi sejauh mana keta’atan keluarga kepada Allah.
Ibadah seorang ibu adalah modal bagi lahirnya anak-anak yang soleh yang akan menjadi benteng bagi ibubapanya kelak di akhirat.


Mudah-mudahan keluargaku ini terselit dalam coretan diatas... i'Allah

Tuesday, March 29, 2011

~ PeRmAtA bArU ~ cErItA RiNgKaS

   Tanggal 28/3/2011,lahir la seorang bayi@baby baru dalam family ini.. Ini merupakan cucu Umi Ayah yang ke-13 dan cahaya mata yang ke-3 bagi pasangan AHMAD FUAD & NURUL HUDA. Tahniah di ucapkan kepada pasangan ini kerana menadapat permata baru dan ini juga merupakan putera kedua,sebelum ini pasangan ini dikurniaka 1 putera dan 1 puteri setelah 8 tahun mendirikan rumah tangga.

                                         : : cute x...? hahahaha

   Pada 28/3/11,kak da teh dimasukkan kedalam bilik bersalin pada jam  5.45am. Alhamdulillah,setelah hampir satu jam berada dalam bilik bersalin,kak Da selamat melahirkan baby baru ini pada jam 6.57am.
                                          : : berat 3.12 kg
                                          : : kali pertama melihat dunia

  keesokan harinya,baby ini dibenarkan pulang kerumah pada jam 2.30pm dari Hospital Slim River. tak sabar nak tengok anak buah baru ni. ni anak buah lelaki yang ke-5 dari 13 orang. :-)

Saturday, February 19, 2011

MemorY Minggu inI...

    Minggu ni my parents datang Rawang iaitu umi&ayah sy la.. :-) sungguh gumbira rasenya... My parents datang sebab cucunya melakukan pembedahan pusat.. kesian Abdullah Hasif.. sejak kecik lagi pusatnya berdarah... doktor cakap..mungkin ada ketumbuhan.. Masuk wad pada 15/2/2011..hari selasa dan hari rabu pembedahan bermula selama 45minit..start 10.15am-11.00am.. Alahamdulillah berjalan lancar,hari khmis dah boleh keluar.... hehehe...






    Saya pun pegi la jenguk2 anak sdare saya ni...huhu.. Dapat juga jumpa my parents N husna... :-)









  Epy sungguh Husna.. ngehh....ngehh...ngehh... :-D   My parents pn dh nak balik kelantan..ptg esk naik flight.. saya pn baru je sampai bilik ni...penat tak hilang lagi... okey la..tak larat nk menaip pulak rasanya..otak pun tak leh nak fikir apa lagi... huhuhu.. TATA.. SALAM...

Monday, February 7, 2011

RuMaH ku SyUrGa ku

   Rumah ini siap dibina pada tahu 1990.. Sebelum ini keluarga ini tinggal berdekatan dengan Sekolah Menengah Ugama (arab) Yaakubiah Nipah.. Di sebabkan faktor kesihatan ayah,keluarga ini pindah di kampung yang sama... Kawasan rumah terdahulu merupakan kawasan tanaman tembakau dan racun tembakau menyababkan ayah pindah ke kawasan pantai...
  Rumah sekarang berdekatan dengan pantai Nipah.. Gambar di atas kawasan rumah ini...
  Ini merupakan kawasan hadapan rumah..

  Ini  pula ialah tempat parking kereta..haha.. buatan sendiri..
 Ini pula ialah kawasan belakang rumah ini... hanya biasa2 je... huuhuuhuu
   Haa... belakang rumah ini terdapatnya pantai yang indah.. Kalau musim tengkujuh lagi la indah dan permai... hahaha.... Tp,tanah belakang rumah ini telah pun dijual..
   Ini ruang tamu.. sebelum menjadi ruang tamu,inilah tempat stor kereta...hehe
   Ini pula ialah tempat menonton wayang family..huuhuu... :-D
  Ini pula bahagian dapur rumah ini...huuuu
 Selama 21thn rumah ini wujud.. Telah banyak suka duka dalam rumah ini... Alhamdulillah..terlalu banyak kenangan di ukir dalam rumah ini.. di luar rumah pun ada jugak...huhu..

Wednesday, February 2, 2011

Hari Raya 2010

Asslamualaikum....
Alhamdulillah..selesai sudah menunaikan ibadat puasa.. Kini tiba masa untuk kita meraikan pula.... yeaayyyy...
\\(';')//  Gembira sungguh budak... Orang tua juga yang habis duet.... ahahaha.....
Pada raya tahun ini.. hanya 7 org je yang ada kat kampung... sorang lagi beraya kat Perak bersama suami di sana...

  Pada pagi raya tahun ini sama juga seperti tahun2 lepas... cuma ada skit perbezaan je... Selesai solat sunat hari raya.. pergi ke kubur Nipah,selepas itu.. rumah yang mula2 keluarga ni pergi ialah,jiran utama keluarga ini...iaitu,orang putisssss...hahaha.. seorang doktor di HUSM.. oarang putisss ni beragama islam....
   Biasanya lepas beraya ngan orang putiss.... keluarga ni akan pulang ke Besut... tetapi,memandangkan Tok Ku Mad sudah tiada... keluarga akan pulang ke Besut pada waktu petang untuk menziarahi saudara mara disana dan sewaktu dengannya...
 Banyak dapat angpau....hahaha... Raya tahun ni keluarga ini ditambah lagi dengan destinasi baru..iaitu di Kampung Repek... Rumah Ahmad Radhi atau Abe di...hikhikhik....
  Maaf la... gambar raya x banyak,xplan pun nak buat blog ni....haha... Nanti raya tahun ni banyak la gambar....hehehe.. Mohon Kemaafan dipinta jika tidak dimuatkan gambar saudara@saudari... xde gamba sebenarnya... :-D
Maaf juga sebab keletihan nak menaip..hahaha..x banyak coretan....
ByE..bYe... Salam...

Perkenalan

   Dengan panggilan AYAH oleh anak2... telah menjadikan CHE DAUD@CHE MUD BIN CHE NGAH BIN AWANG seorang ayah yang berjaya memikul tanggungjawabnya sehingga sekarang... Ibu beliau bernama Che Limah bt Awang dan ayahandanya pula..
CHE NGAH BIN AWANG..
AWANG BIN HJ.SALEH..
   Kedua2nya merupakan anak jati kampung nipah,bachok,kelate........ Beliau dibesarkan oleh datuknya dan ibunya bersama 2 orang abangnya iaitu bapak saudara saya lah..... Ini disebabkan Che Ngah bin Awang atau TOK KI saya,meninggal pada usia ayah  setahun.. Saya,kakak dan abang2 pun tak kenal.... :-(

   Ayah saya ni merupakan seorang pendidik bermula pada tahun 1973 di Maahad Muhammadi Kota Bharu dan selapas itu ditukarkan ke SMU(A) Yaakubiah Nipah. pada tahun 1985 pula dinaikan pangkat sebagai penolong kanan pentadbiran. disebabkan faktor kesihatan,ayah saya memohon persaraan pada umur 55 tahun iaitu pada tahun 2002.

   Beliau telah terpikat dengan seorang gadis ketika dulu yang ada pertalian waris dengannya dari Kuala Besut iaitu bernama TUAN NOOR ASIAH BT. TUAN MOHAMMED...
  Gambar di atas merupakan umi kepada saya dan 7org adik beradik saya yang lain... Beliau merupakan seorang suri rumah yang berjaya.. Beliau berjaya mendidik 8 orang anaknya berjaya sehingga sampai sekarang.. Tuan Noor Asiah bt.Tuan Mohammed ini di lahirkan di Kota Bharu pada 22/11/1953..
Selepas itu beliau tinggal di Kuala Besut,Terengganu... Ayahandanya bernama..
TUAN MOHAMMED BIN CIK KU NIK TUAN ABDUL RAHMAN...
CIK KU NIK TUAN ABDUL RAHMAN BIN TENGKU TUAN BESAR...
TENGKU TUAN BESAR BIN TUAN SENIK...

   Ayahandanya atau gelaran yang dipanggil oleh cucuanda iaitu TOK KU MAD.. :-)
Bekerja sebagai konduktor bas di Kota Bharu dan kemudian berhenti kerana menolong berniaga di Besut...
Tok Ku Mad menghembuskan nafas terakhir pada tahun 2008.. Sehingga sekarang UMI dan AYAH menetap di Kampung Nipah...

Hasil perkongsian hidup selama 17 tahun.. Mereka telah dikurniakan 8 org cahaya mata.. 7 putera dan 1 puteri..
1.AHMAD RADHI
2.AHMAD FUAD
3.NOOR MAHIRAN
4.AHMAD KAMAL
5.AHMAD MUHSIN
6.AHMAD SHAHIR
7.AHMAD TAUFIQ
8.AHMAD YUSRI

 1.  Ahmad Radhi atau dikenali sebagai Ayah Long oleh anak saudaranya telah mendapat pendidikan awal di SK Sri Kemudi,SMK Bachok.. Beliau dilahirkan pada 1974.. Beliau telah merupakan seorang pendidik. Ayah Long telah diijabkabulkan pada tahun 2001 dengan Sarzini bt Rameli. Sehingga 2011,beliau telah dikurniakan 4 org cahaya mata..kesemuanya puteri dan tomel2 belaka,,,hahaha.. Sekarang ini beliau bertugas di Sk Perupok sebagai guru matematik dan Kak Nie pula di Sk Sri Gunung sebagai ustazah jQaf..

i.SUFIYYAH NURDINI a.k.a. kak long
ii.AISYAH NURDINI a.k.a kak ngah

iii.ADILAH NURDINI

iv.IFFA NURDINI


2.  Ahmad Fuad pula merupakan abang saya yang kedua atau Ayah Ngah panggilan manja... Beliau dilahirkan pada 1975 dan dibesarkan di Kampung Padang.. Mendapat pendidikan pertama di sk Sri Kemudi,SMU Yaakubiah dan melanjutkan pengajiannya ke Mesir.. Beliau telah di satukan dengan Norul Huda bt Mahmood pada 2003.. Beliau dikurniakan 2 org cahaya mata,1 putera dan 1 puteri...
Farah Insyirah merupakan anak sulong dan adiknya Faiz imdat.. Ayah Ngah telah di tugaskan di SMKA Slim River,merupakan ustaz Bahasa Arab dan Isterinya pula bertugas di Sk Behrang sebagai ustazah jQaf.. Sekarang ini beliau melanjutkan pengajiannya di UPM.

3.  Yang ketiga ialah Noor Mahiran atau cik nor dilahirkan pada 1977 merupakan puteri tunggal dalam keluarga ini... Beliau juga mendapat pendidikan awal di Sk Sri Kemudi dan menyambung pengajiannya ke SMK Bachok.. Beliau talah dirisik oleh seorang jejaka Perak yang bertuga di Kem Pengkalan Chepa sebagai seorang Askar..

   Disatukan pada 2002 telah dikurniakan 2 org cahaya mata.. 1 putera dan 1 putri.. Puteranya bernama Danial bin Jefri dan puterinya pula Intan Syafiqah bt Jefri.. Beliau merupakan seorang suri rumah dan sebelum ini pernah bertugas sebagai askar wataniah di kem Kuala Krai,,, Sekarang ini beliau telah menetap di negeri Perak kerana mengikut suaminya yang telah ditugaskan di Perak..

4.  Adik kepada Cik Nor iaitu Ahmad Kamal atau diberi panggilan Ayah Ma.. Beliau merupakan putera yang ketiga dalam keluarga ini... Dilahirkan pada 1979 dan menuntut ilmu pertamanya di Sk Sri Kemudi,SMU Yaakubiah.. Selepas itu beliau telah melanjutkan pengajiannya di UPM dalam Bahasa Arab. Sekarang ini beliau ditugaskan di Sk Bukit Rawang Jaya sebagai seorang ustaz...

   Pada tahun 2006,beliau bergelar suami kepada Madihah bt Zakaria dan dikurniakan 2 org cahaya mata,1 putera iaitu ABDULLAH HASIF dan 1 puteri iaitu HUSNA MARDIAH..

    Sekarang ini Kak Diha bertugas di Sk Rawang sebagai seorang ustazah jQaf..

5.   Putera yang kelima pula digelar oleh anak suadaranya Ayah Nik atau nama sebenarnya Ahmad Muhsin.. Beliau dilahirkan pada tahun 1980.. Pndidikan pertama yang diperolehi oleh beliau ialah di Sk Sri Kemudi pada 1987,Maahad Tahfiz Pulai Chondong,SMU Yaakubiah.. Beliau telah melanjutkan pelajaranya ke peringkat ijazah di UIAM dalam Bahasa Arab dan sejurus selepas itu menjadi guru jQaf.. Pada tahun 2007 beliau telah disatukan dengan Nor Syukriah bt Ismail dari Pasir Mas..
  Selama 4 tahun kehidupan berumahtangga,beliau dikurniakan 1 org putera iaitu Mueez Azfar... Sekarang ini kedua2 suami isteri itu bertugas di Sk Pantai Remis sebagai ustaz dan ustazah jQaf..
6.  Selepas Ayah Nik.. Ayah Din pula putera keenam atau nama sebenarnya Ahmad Shahir,lahir pada tahun 1982 telah dibesarkan di Kampung padang dan diberi pendidikan pertama di Sk Sri Kemudi,SMU Yaakubiah,SMKA Falahiah dan menyambung pelajaranya di UM dalam bidang Syariah.. Pada Tahun 2008,beliau telah mendirikan rumahtangga bersama Noor Hazwani bt Muhamad..
   Kedua2nya mereka ini telah bertugas sebagai ustaz dan ustzah jQaf.. Ayah Den di Sk Dato' Harun.. Kak Wani pula di Sk Bandar Baru Subang..  Mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Wardhatul Jannah..

7.  Yang ketujuh ni merupakan teruna yang masih menuntut pengajiannya di Johor.. Lahir pada 1988,diberinama Ahmad Taufiq atau Ayah peq nama manja...hahaha....
   Mula menuntut ilmu di Sk Bachok,SMS Machang,Asasi Sains UM, dan UTM dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal (Teknologi Marin).. Seorang yang aktif sukan dan tido...hahahaa

8.  Putera bongsu pula diberi nama oleh anak suadara beliau dengan panggilan Ayah Su.. Lahir pada tahun 1990,diberi nama Ahmad Yusri..

Mula menjejak kaki ke alam persekolahan pada tahun 1997 di Sk Bachok,SMU Yaakubiah,SMKA Dato' Ismail,SMK Bachok, dan UPM dalam bidang Bacelor Pendidikan Sains Pertanian.. Beliau merupakan seorang yang suka bermain,,,, ahuhuhu....

Terungkai sudah kesebelasan utama ahli keluarga ini... Di masa akan datang bilangan keluarga ini makin bertambah... Syukur Alhamdulillah.. Bertambah ceria keluarga ini....